sabtu lepas aku ke KLAB,.. macam biasa lah layan pelancaran buku. sekadar pergi jelah. buku banyak power power, tapi duit takda. majalah Rokes pun lambat siap. pukul 6.30 baru sampai CM. orang pun dah ramai balik.. tapi ahad tu balas dendam balik jual.
Rokes ada aku bawak balik sikit untuk jual kat lipis ni. takda orang nak beli ke? aduh.. kamon lah lipis, pendekar laut beli pulak. kita bukan kenal sangat Wan Yat Leung pelukis dia ni. kehkehkeh. ikut demeh lah.. nak beli, beli. tak nak sudah.
tapi yang tak best, sesi jamming Primary tak lepas lepas lagi ni. studio semua penuh hujung minggu. lama betul tak jamm ni sebenarnya.
ni dah hujung bulan 6, nanti bulan 7 askar dah balik operasi. penat sikit lah kerja lepas ni. tapi takpa, sekarang kerja dah 4 orang sebelum ni aku kerja 2 orang je. harap harap 2 orang pekerja baru ni kerja betul betul lah. letih dah aku kena maki. nasib baik maki tu tak sakit macam kena libas. kenapa tiba tiba masuk pasal kerja ni?
ha ni lagi satu. sampai je rumah isnin malam, aku tengok surat ni ada atas meja dalam bilik. mesyuarat agong masjid saiyidina ali abi talib, kampung tempoyang katanya. aku memang jarang pergi mesyuarat mesyuarat ni sebenarnya. tapi dah tua tua ni mula dah pikir. hal hal kampung banyak aku tak ambik tau rupanya, rok sangat konon. rok tak rok, nanti mati orang kampung juga uruskan. mula dari sekarang baik aku tunjuk muka. sebelum masuk mastika keluar tajuk, "jenazah rokes diabai orang kampung". kehkehkehkeh.
satu hal lagi, agak agak syarikat printing manalah yang dapat print baju BERSIH nanti. senyum lah tokey printing ye,dak?.
9 comments:
ah letih aku tunggu rokes dari tengah hari time KLAB tu. last-last time balik baru sampai rupanya.
esok aku nak pergi beli dekat kedai burger terus. harap-harap pipi bawak rokes lebih. kalau tak, aku takkan teragak-agak makan burger rokes yang paling mahal, lepas tu balik tak bayar!
pegi msyuarat masjid tak payah kemas2 sgt.. org lantik jd bilal nanti.. payah juga he he..
tunggu freecopy Rokes sampai rumah
Chanteknya tulisan pak imam.
Nak rokes yang atas pokok tu, bleh?
ashraf sahdan; ah, aku pun letih juga. ko kena lari terus lah lepas makan tu. jangan sampai tak lepas larikan diri.
spyz; kehkehkeh. tak pegi pun.lambat bangun..
dr.ben; peh, power power.
sutera suci; lama tak nampak? tu pokok punya, tak boleh.yang lain boleh lah. ada 4 je lagi ni. ha?
mael, nk rokes 1!!!
ad lg tak?
*serius*
Sebelum ni kam merajuk. Ni dah tak merajuk..
harhar
haula hati; ada2. lokasi kamu di mana?
sutera suci; amboi, jenis merajuk tanpa sebab ke apa ni?
Hobi..ngaa
Post a Comment