Sunday, February 13, 2011

Beberapa minit menyelesaikan masalah.

Kalau aku tulis status kat fesbuk cakap.

"peh.. lapar gila perut ni.."

peratusan dapat makanan adalah 5 peratus saja.

tapi kalau aku cakap kat mak.

"peh.. lapar gila perut ni.."

dah tentu mak aku cakap,

"kau nak kena terajang? tak nampak makanan bawah tudung saji tu? tak reti reti nak makan?"

sebenarnya banyak masalah dalam dunia ni boleh deselesaikan dengan bercakap je. bukan kau orang tak tau,kan?

jadi sekarang ni, aku dah 2 bulan tertunggak nak makan pizza, kat lipis tak ada kedai pizza. cakap kat mak pun tak jadi apa.

dan kes kes macam ni mak selalu cakap,

"Dah, bawak banyak banyak menebas belakang rumah. lama lama nanti lupa lah tu.."

ok, sekali lagi.. mak, ko, ko, ko memang power.

6 comments:

ieman said...

ekeke cayalah mak :)

Sutera_suci said...

lol ( gelak guling-guling)

Bozu said...

quote-quote dari mak ni jangan dibuat main. power-power..

citoe said...

Ibu² mmg power

Nveil said...

gua nak imejin. gua harap readers yang lain pun turut sama imejin benda ni.

pizza tukar isteri. ehem.

adakah jawapan mak lu akan jadi macam ni?

"kau nak kena terajang? tak nampak SiKiah pakai tudung saji tu? tak reti reti nak mengorat?"

takpun,

"Dah, bawak banyak banyak menebas belakang rumah. lama lama nanti lupa lah tu.."

keh keh.

Ismail Othman said...

kehkehkeh. dan dan je.