Friday, February 11, 2011

Beberapa minit begurau di tempat kerja.

Sebagai tukang cuci tandas kat kem askar, aku memang tak berkawan sangat dengan orang kat dalam ni. yelah, ke hulu ke hilir bawak baldi air dangan mop. seluar jean lusuh, rambut panjang dangan kasut pa chu kang. orang nak tegur pun segan, ye tak?.
mana yang 3,4 tahun kenal aku tu, ada lah lepak, borak borak, melawak kejap.

Ada sorang brade ni, selalu lah juga tegur tegur aku. tegur melawak jelah. bukan serius.

"ha, ni bila nak potong rambut ni?"

"baju masuk dalam"

"makwe sihat?"

"ha, mat rok, lewat hari ni!?"

"mana buku? nak sain ni"

soalan soalan ni memang selalu lah aku dapat. aku biasa jawab dengan senyuman je. tak reti nak bersembang panjang.

Tapi ni ada satu warning yang hari hari aku dapat. kadang kadang sampai 3 kali sehari dapat.

"ha, mat rok! kasut tak kilat pasai apa?!

Selama 5 tahun, warning ni paling top sekali. tapi ni semua dia orang begurau je. mesra rakyat orang kabor. apa jadah kasut pa chu kang nak kilat. memang flat je kalernya.


last last pagi tadi aku dapat satu akal.

"berapa kali nak cakap ni? kasut kena kilat. kasut kena kilat!." Sembang brade tu sambil gelak gelak.

"aih, abang tengok betul betul kasut saya ni. berkilat lah ni. tengok betul betul" Aku pulak buat buat sembang lebat.

Kerut kerut dahi brade tu tengok kasut pa chu kang aku..

Terdiam dia 3,4 saat..

"Hang memang power, hang memang power.." kata brade tu sambil tepuk tepuk bahu aku.

lepas tu terus dia cau.

Sebenarnya.. aku tulis "BERKILAT" kat kasut pa chu kang aku tadi..

7 comments:

Bozu said...

siapa nama brader tu?
gua serupa kenal pun ada..

gunx said...

LETUP KILAT!!!

nveil said...

oihh, pesen baru.
nak order sepasang.

keh keh.

Jahat said...

aha bole guna pakai ni

Ismail Othman said...

bozu; taktau lah pulak namanya.. kenal macam tu je.

gunx; aok kasut kilat nanti,gunx.

nveil; hahaha boleh²

jahat; pakai mende pulak.

Jahat said...

pakai cara ko tu la..contoh tulis kt muka "berseri" nanti org akan kata muka kite berseri kan ekeke

Ismail Othman said...

hahahah. ko tulis kecik sikit.