Tuesday, February 8, 2011

Beberapa minit memikirkan tajuk entri. ok, tajuk dia, Aku dan Dia.

Ok, cerita dia macam ni.. semalam balik kerja aku topup RM3.
Ye RM3 je.. gaji tak masuk lagi.. biasa lah kerja cuci tandas, orang tak hirau sangat kebajikannya.

Balik rumah, mandi mandi, makan makan, baring baring, main game, main game, jaga anak sedara, jaga anak sedara. macam macam lagi lah. Dalam hati dah berbunyi.. ~~~jangan lah dia mesej time time macam ni~~~~ Aku harap harap dia faham.

Aku hanya sett bunyi "bib" untuk bunyi mesej pesanan ringkas. kalau ia berkelip kelip, maksudnya aku tak sedar dah 30 saat atau lebih ada mesej masuk..

setelah selesai semua kerja, aku masuk bilik untuk bersosial di internet pula.
dan benda pertama aku tengok ialah talipon bimbit.
ye, ia berkelip kelip.. debaran aku semakin cepat, adakah Dia yang hantar mesej itu..adakah Dia yang hantar mesej itu.. kata dalam hati yang terus berulang ulang.

Fuhh.. Aku genggam erat talipon bimbit yang menghubungkan aku serata kampung, talipon bimbit yang sentiasa ada di kocek kiri dan nama nama didalamnya sentiasa dihati ini..

Harap harap mesej ini bukan dari dia, bukan dari Dia. Aku tak bersedia, aku manusia biasa yang bisa terluka, lalu keypad lock di buka dan mesej pun di baca..





















































Credit Advance: RM2.00 telah
ditolak untuk permintaan Credit
Advance anda.

7 comments:

Ga-In said...

hehee,
penah jadi mcm ni gak,
sedih kot.haha.
sabar2 bro

benludin azhar said...

patut lah keh mesej ptg semlm tak berbalas..!

Bainun Waheeda said...

mail mmg advanced. he he

Ismail Othman said...

selkom betul betul buat hal kali ni!!

nveil said...

nasib baik celcom.
kalau maxis, tambah lagi 0.50!

Ismail Othman said...

wow!! memang meksis buat hal juga.

Jahat said...

hahahahaha